Aastha TV


Aastha TV merupakan stesyen televisyen kerohanian nombor satu di India. Siaran saluran televisyen ini bersiaran ke 30,000,000 rumah di seluruh India dan ditonton oleh 200,000,000 penonton. [1] Program-program yang disiarkan di saluran ini adalah berkenaan perbincangan kerohanian, acara-acara keraian dan acara-acara keagamaan yang berkaitan dengan agama Hindu. Saluran ini juga memaparkan teknik-teknik meditasi dan lagu-lagu kerohanian. Antara program-program utama yang dipaparkan adalah mengenai penemuan tempat-tempat suci agama Hindu untuk tujuan perziarahan, pendidikan mengenai perayaan tradisional dan pengajian kitab Veda seperti Yoga, Ayurveda, Astrologi, Terapi Kristal dan Aromaterapi.Saluran ini menyiarkan rancangan-rancangan di dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Hindi, Bahasa Gujarati dan Bahasa Inggeris. Selain disiarkan di seluruh India, saluran in juga boleh ditonton di seluruh dunia.